Ikhtilat yang tiada kesudahan…

August 17th, 2008 by amie089

Ikhwah dan akhawat (muslimin dan muslimat)

Ikhtilat yang tiada kesudahan…

Ini bagus untuk memberi pedoman buat pembaca. Moga-moga diberi taufik dalam penghayatan pembacaan. InsyaAllah. Amin.

Teringat dialog antara sahabat seperjuangan (yang mungkin tidak berapa mengerti akan ‘izzah atau nilai harga diri seorang muslimat dan hakikat ikhtilat (pergaulan ikhwah/akhawat) yang sewajarnya dijaga rapi)

Muslimin A : Kenapa kawan enti tu garang sangat? Kalau cakap tu tegas semacam je. Kalau cakap dengan ana, bukan nak tengok muka. Dahla kerja sama-sama untuk program ni. Dia tak suka ana ke?

Muslimat B : Habis tu enta nak macam mana?

Muslimin A : Cubalah lembut-lembut sikit. Dia kan perempuan?

Pemerhati dari jauh : (Oh? Lembutkan suarakah maksudmu? Manjakan lirikankah maksudmu? Bukankah itu menggadaikan ke’izzahan seorang muslimah? Atau aku yang tidak faham apa kehendak sebenarmu? Atau aku yang buruk sangka?)

Maruah seseorang adalah bergantung kepada dirinya sendiri. Dengan penuh sedar, saya ingin menegaskan bahawa saya bukanlah manusia terbaik untuk dijadikan contoh dalam hal ini, apatah lagi untuk mengatakan bahawa saya tidak terjebak dengan sebarang kesilapan ketika berbicara. Namun, bila baru masanya akan datang manusia yang serba sempurna yang dinobatkan layak berbicara tentang adab? Berbicara di sini saya fokuskan kepada adab berbicara antara ikhwah dan akhawat. Allah swt menegaskan adab berbicara khususnya bagi golongan muslimat  apabila berkomunikasi dengan lelaki bukan mahram :

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit hati dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." (Al-Ahzab : 32)

Ibnu Katsir Rahimahullah di dalam Tafsir Quranul ‘Azim semasa menafsirkan ayat di atas menyebut bahawa perintah tersebut tidaklah hanya terbatas kepada isteri-isteri Nabi bahkan kepada semua wanita-wanita muslimah. Apa yang dimaksudkan dengan lembut manja itu ialah sengaja melembutkan suara apabila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Termasuk juga di dalam perintah ini ialah para lelaki semasa berbicara dengan wanita-wanita yang bukan mahram.

Manakala Al-Qurtuby pula berpendapat percakapan yang dimaksudkan ialah percakapan yang hanya meliputi perkara-perkara yang perlu sahaja dengan suara tidak sengaja dilembut-lembutkan. Berdasarkan kepada ayat ini, kita sepatutnya boleh melakukan satu muhasabah yang terbaik.

Sudah seringkali kita laungkan untuk membina atau sekurang-kurangnya mengekalkan apa yang kita namakan sebagai ‘biah solehah’, namun semakin hari rasanya impian itu semakin terhakis apabila melihat adab berbicara dan berkomunikasi antara ikhwah dan akhawat yang semakin tidak terjaga. Kenapa ini harus berlaku apabila kita suburkan cita-cita murni untuk melahirkan generasi pejuang? Realiti kita hari ini menyatakan kepada kita bahawa semakin ramai yang berani ‘memperkosa’ suasana murni yang ingin kita wujudkan. Maaf seandainya perkataan kurang elok terpaksa digunakan namun itulah hakikatnya.

Di hati ini hanya Allah sahaja yang tahu pedihnya hati ini bila melihat siswa dan siswi berbicara antara satu sama lain dengan jarak ynag mampu diukur oleh pembaris 30cm, deselangi dengan hilai tawa dan suara lemak manja persis suara di sekolah menengah. Mana lagi maruah sebagai pejuang Islam?

Saya ingin bertanya kepada siswa yang terlalu enak berbicara dengan siswi bersama lagak yang kurang menyenangkan itu, tidak malukah anda meruhtuhkah kredibiliti anda sebagai seorang pemimpin? Tidak malukah anda memperhatikan kepada orang lain betapa besarnya keruntuhan moral yang ada di dalam jiwa anda? Tidak malukah anda menzahirkan betapa anda tidak layak untuk digelar sebagai pejuang Islam? Pejuangkah anda yang sudah tunduk dengan kelunakan suara seorang wanita?

Kepada siswi, tentu sekali kita inging bertanya, tidak aibkah anda mendedahkan kelunakan suara yang begitu lemak manja yang pastinya hanya layak untuk seseorang di malam yang pertama? Realitinya, ramai di kalangan anda yang memakai jubah luaran namun tidak ‘menjubahkan’ hati dan peribadi. Tahukah anda, ramai lelaki yang runtuh hatinya semata-mata kerana kelunakan suaramu? Tidak sedarkah anda, dengan melunakkan suara selembut yang mungkin bila berbicara, anda sebenarnya sudah merosakkan ‘dara’ suaramu? Masih tidak tahukah anda bahawa walau senakal manapun seorang lelaki beriman yang normal, dia tetap akan mencari isteri solehah yang terbaik menjadi suri hidupnya? Namun, solehahkah ketawa terkekek-kekek di tengah khalayak ketika berbicara dengan lelaki bukan mahram? Anda bangga denga perbuatan itu? Terpulanglah!

Kita tidak mahu siswa-siswi menjaga adab pergaulan hanya kerana malu kepada mata-mata yang memandang. Apa yang kita mahukan ialah generasi pemuda-pemudi yang hanya takutkan Allah. Kita tidak suka munculnya generasi yang penuh dengan sikap kepura-puraan, tunduk menikus hanya kerana malu menghadapi kata-kata orang lain, namun di celah-celah yang tersembunyi, kita membenarkan diri kita merobohkan pagar IMAN!

Tanyalah driri sendiri layakkah aku digelar pejuang? Dalam kelemahan diri yang begitu banyak kita lantas melabelkan diri kita sebagai pendukung kebangkitan Islam, tidak malukah kita? Kita yang mendapat  jawapannya seandainya kita ikhlas dalam memberikan jawapan. Sudah ramai di luar sana yang rebah kerana tidak mampu bertahan dengan ujian di zaman remaja. Lalu, masihkah ingin kita mamilih untuk turut menjadi mereka?

Sepatutnya kita sudah patut untuk menangis dengan kemunculan generasi remaja yang sudah lupakan Tuhannya, lalu kita bangkit sebagai generasi qudwah yang akan mengungguli contoh yang terbaik. Sayang, dalam keadaan kampus kita seperti hari ini, secara ikhlas ingin saya nyatakan, kita mungkin hanya akan mengulangi sejarah kegagalan generasi yang terdahulu. Di peringkat umur sebegini, tentulah kita tidak mahu siswa-siswi perlu ‘dimarahi’ terlebih dahulu untuk melazimkan mereka dengan adab pergaulan. Lebih berkesan seandainya masing-masing menyedari tanggungjawab dan batasan pergaulan khususnya golongan yang sepatutnya menjadi contoh (tentunya pimpinan dan senior).

Mungkin ramai yang menganggap ia sebagai isu yang remeh di tengah-tengah cabaran globalisasi menuntut kia berfikiran terbuka, namun bagi saya, ia tetap isu yang besar dalam menjana pertumbuhan generasi qudwah. Sekali lagi, sebelum mengakhiri tulisan ini, penulis rencana ini bukanlah seorang contoh yang terbaik, malah mungkin kadang-kadang turut rebah di tengah-tengah kehebatan prinsip dan idealisme. Namun, kalau tidak sekarang kita menegur, bila lagi? Dan kalau tidak kita, siapa lagi?

"Untungnya orang mukmin semakin banyak masalah, semakin mustajab doanya, bukan perjuangan tanpa kesulitan, tapi dalam kesulitan ada ketenangan, memagar kekuatan. Daerah kita bukan daerah cinta, bukan masanya merajuk, kasih memujuk, tiada senda gurau memanjang, kerana kita dalam berjuang."

Moga Allah beri kita bantuan untuk bermujahadah, memperelokkan akhlak dan ketaqwaan kita, kita semua barisan mujahid dan mujahidah Islami. Moga Allah beri sokongan dan kemudahan untuk kita gilap kembali permata yang sekian lama bersalut lumpur, yang sekian lama terbenam di ceruk rumpaian-rumpaian yang telah mati.

Air Mata Seorang Naqib

April 11th, 2008 by amie089

Assalamu’alaikum…Hanya sekadar luahan isi hati dari seorang manusia bergelar NAQIB.. moga ikhwah akhawat dapat pengajaran.

(maaf.. ianya agak panjang).

AIRMATA SEORANG NAQIB….

Kita sama-sama masih teringat ketika kita mula-mula

bertemu. Tidak ada yang lebih berbahagia di dalam hati

ini selain melihat wajah-wajah ceria pelajar-pelajar

baru yang begitu bersih dapat menjejakkan kaki ke

sebuah pusat pengajian tinggi . Memang ayah bonda

menginginkan suatu yang terbaik buat mu. Mahukan

engkau menjadi orang yang terpelajar dan berguna

kepada mereka, kepada agama dan kepada negara.

Ketika hari pendaftaran, kami sama-sama menjengah diri

melihat muka-muka kalian. Kalian adalah ibarat rahmat

kepada kami kerana dari kaliannya kami mendapat

ketenangan dan kesejukan hati. Bagaimana..? akan kami

ceritakan segala-galanya nanti!

Kemudiannya kalian di heret ke sana kemari dengan

minggu pengenalan. Kalian didedahkan dengan apa yang

ada ditempat belajar yang baru ini. Moga kalian dapat

berta’aruf dengan cepat di alam baru ini. Kalian

bersolat jamaah dan berma’thurat sama-sama. Kalian di

dudukkan di dalam LDK dan kalian akhirnya menjejakkan

kaki ke malam terakhir pengenalan.

Kami masih mengintai-ngintai kalian. Bukan wajah dan

gaya… tetapi watak dan budi. Manakah di antara kalian

yang akan bersama kami? Manakah di kalangan kalian

yang akan mewarisi jejak kami?

Memang kami mengentahui dan menyedari.. kalian datang

dengan keinginan yang berbeza. Ada yang ingin mendapat

segulung sijil yang nantinya akan dipersembahkan

kepada ibu dan ayah. Ada yang tertolak kerana ayah dan

ibu menghendaki demikian. Kami faham itu semua… dan

itu semua tidak langsung penting bagi kami.

Kalian didudukkan di dalam usrah-usrah akhirnya. Kita

sama-sama saling mengenal, mendengar dan memberi.

Bercerita dan membaca. Berbincang dan bermesra.

Bukankah itu satu titik permulaan yang indah dalam

pengalaman hidup kita?

Kita kemudian bertemu lagi dalam tamrin dan dauroh.

Duduk dan mendengar.. makan dalam dulang bertemu

kepala. Kemudiannya tidur diatas lantar tanpa

hamparan. Kesemuanya menjadi detik manis dan kenangan

yang mungkin sukar dilupakan.

Dari situlah kesemuanya bermula… Kami memerhati dan

cuba mengenal. Siapakah dari kalangan kalian yang sudi

untuk bersama lebih memahami apa yang sedang kami

fikirkan?

Kami hanya ingin mengongsi beban yang sedang kami cuba

pikulkan selama ini. Kami faham ianya begitu berat dan

tidak mampu ditanggung oleh hanya dua tiga kerat

manusia yang lemah seperti kami. Bebannya berat dan

perjalanannya panjang. Hasilnya belum tentu diperolehi

di masa terdekat.

Kami berfikir dan berfikir … bagaimanakah cara terbaik

untuk mengenali siapa dari kalian yang berminat. Kami

adakan usrah… kami adakah tamrin dan kami adakan

dauroh.. kami adakan mukhayyam… dan entah apa lagi.

Semuanya adalah kerana cuba mengenali kalian..

disamping untuk memberi sedikit sebanyak kesedaran dan

ilmu.

Akhirnya …

Kami telah dikurniakan Allah dengan kalian. Kalian

menampilkan diri dengan semangat dan kesediaan untuk

bersama. Kami begitu gembira. Kami tidak meminta

kalian berbuat demikian. Sedikitpun tidak ingin

memaksa. Kami hanya membuka jalan dan peluang setelah

memberi kesedaran sedikit sebanyak. Alhamdulillah atas

segala nikmat dan rahmatNya kepada kita.

Bermulalah satu episod baru dalam hidup kita. Mungkin

kita masih ingat kita mula menjejakkan kaki ke alam

baru.. fikrah baru dan ikatan baru. Kalian telah

berjaya memujuk hati kalian untuk bersama dalam

gerombolan ini. Gerombolan yang ingin untuk melihat

dunia berubah ke arah Islam.

Kita mula tangkas melayari perjalanan yang sengit ini.

Kita cuba menumpaskan nafsu yang kadangkala mengganggu

dengan cerita indahnya hidup relaks dan seronok. Tapi

kalian telah berjaya menolak itu semua. Walaupun kawan

dan teman lain telah lama dibuai mimpi, kalian

kadangkala masih termangu di hadapan kami.. menadah

buku dan sedikit risalah. Segalanya hanya untuk

memahami Islam yang masih banyak yang perlu

dipelajari. Kadangkala teman seronok dihadapan cerita

TV dan VCD, tetapi kita menolaknya itu semua.. kerana

masa amat berharga bagi kita untuk dibazirkan pada itu

semua.

Kadangkala kawan-kawan enak tidur ditilam empuk

asrama, tetapi kita terpaksa berjaga malam di

mukhayyam hanya semata-mata untuk melatih diri

bagaimana indahnya dapat berkorban untuk sahabat yang

sedang tidur di lantai bumi.

Betapa banyaknya pengalaman yang kalian telah lalui

bersama kami !

Kami cuba memberi apa yang kami terdaya.

Segala-galanya adalah untuk menjadikan kalian orang

yang bermanfaat untuk Islam. Kami merasa kasihan

kepada Islam yang masih menagih cinta dan pengorbanan

dari penganutnya. Islam masih terumbang ambing

dicampak dan diheret oleh manusia liar. Islam yang

sepatutnya tinggi masih digilis-gilis dan dipijak

ganas untuk manusia zalim. Siapa yang ingin

membelanya? Siapa yang akan meletakkannya ke tempat

paling tinggi yang sepatutnya.

Inilah yang kami cuba lakukan. Alhamdulillah, kalian

mula sedikit demi sedikit memahami apa yang kami ingin

kongsikan. Walaupun kami kadangkala tidak dapat

berehat sebagaimana orang lain… tetapi ketenangan mula

menjenguk.. ketika melihat kalian mula faham dan mula

melangkah. Denyut nadi perjuangan kalian yang mula

bergerak-gerak sudah cukup menggembirakan kami… lebih

gembira dari sang musafir yang terjumpa kembali

untanya yang hilang di padang pasir !

Tentu kalian masih ingat itu semua. Kalian bagi kami

adalah lebih mahal dari dunia dan isinya. Kalianlah

sumber pahala kami di zaman ketandusan pahala dan

bermaharajanya dosa dan maksiat. Bukankah ‘Allah

memberi petunjuk seorang manusia dengan hasil usahamu

adalah lebih baik dari dunia dan isinya’?. Kerana itu

kalian semua lebih mahal bagi kami dari segala harta.

Mungkin dari situlah kalian dapat faham, bagaimana

susahnya kami kerana menjaga kalian. Betapa banyaknya

harta yang kami curahkan kerana kalian. Betapa kami

terpaksa melupakan masa rehat dan hujung minggu untuk

kalian. Betapa kami sudah tidak mempunyai apa-apa lagi

yang dapat kami berikan kepada kalian semua… semuanya

telah diberikan. Mungkin sekarang kalian telah dapat

fahami. Kerana kalian lebih berharga dari dunia dan

isinya !

Sukar kami menceritakan ini semua… terpaksa dan semoga

ianya menjadi pedoman untuk kalian juga. Bahawa hidup

seorang yang tahu di mana Islam berada sekarang tidak

memungkinkannya sempat membina istana dan mahligai.

Tidak memungkinkannya bergembira di setiap hujung

minggu dengan anak isteri. Tidak mungkin berpeluang

untuk menikmati hari-hari perlancongan dan santai

tanpa matlamat dakwah. Tidak mungkin berenak dengan

kenderaan besar dan mewah. Bagaimana ia boleh berbuat

demikian sedangkan Islam masih menunggu pendokong yang

akan menyelamatkannya?

Kerana memahami itu semua, kami wakafkan diri kami

untuk kalian. Biarlah manusia lain dengan dunianya..

namum kita tenang dan gembira dalam alam kita sendiri.

Walaupun orang lain melihat kita dalam kesukaran dan

kesusahan hidup, namum itulah kebahagian kita !

Matlamat kami.. melahirkan kader-kader yang akan

bekerja untuk Islam. Keinginan kami.. apabila kalian

telah melangkah keluar dari sini.. kalian telah

menjadi manusia muslim baru yang membawa bersama-sama

obor yang akan menyuluh tempat-tempat yang masih gelap

di pelusuk sana. Itulah sahaja matlamat dan cita-cita

kami.

Kami tidak mampu memberi kalian kerja yang bergaji

mahal. Kami tidak sanggup menjanjikan jawatan selepas

kalian keluar. Itu semua adalah suatu yang kerdil bagi

kami. Ianya mampu dicari oleh sesiapa walau bagaimana

keadaannya sekalipun. Yang lebih penting dari itu

semua ialah kami tidak mahu kalian tenggelam di dalam

kancah dunia yang sedang bergelumang dengan

materialisma yang tidak mampu diharungi oleh manusia

biasa. Kerana itulah kami cuba bekalkan kepada kalian

dengan kekuatan dan kefahaman. Lebih dari itu, kami

mahukan kalian menjadi manusia yang akan membawa

manusia lain untuk bersama-sama dalam perjuangan kita

yang masih panjang.

Kami cuba sedaya upaya untuk mengajak kalian memahami

bahawa apa yang kita buat ini bukan kerana tempat

belajar kita. Bukan kerana wajib atau ingin menjaga

hubungan dengan pensyarah. Bukan kerana markah atau

prestasi. Kami cuba memotong tali-tali yang mengikat

kalian dengan itu semua. Kami membawa kalian ke luar

sana… berjumpa dengan mereka yang telah mendahului

kita di atas jalan ini. Melangkah ke luar negara..

berjumpa dan mengambil pengalaman mereka. Mereka semua

adalah se jalan dengan kita.. berjuang menegakkan

fikrah yang sama!

Perit letih kami tidak sia-sia. Kalian mula melangkah

ke garisan-garisan akhir bersama kami dengan sabar dan

tekun. Kalian langsung tidak menunjukkan rasa jemu dan

bosan. Walaupun telah ada dikalangan kalian yang telah

kecundang setelah beberapa lama, namum kalian masih

thabat teguh. Kalian mula faham bahawa kerja kita

perlukan disiplin yang tinggi. Kerja kita perlukan

jamaah dan ketaatan. Kerja kita perlukan syura dan

perbincangan dengan naqib/naqibah yang telah begitu

lama memimpin tangan kita sejak kita masih

bertatih-tatih di permulaan perjalanan. Kerja kita

memerlukan kita tidak putus dan bersama dengan jamaah

di mana saja kita berada.

Di saat berpisah, itulah harapan kami. Gembiranya hati

kami melepaskan kalian menuju ke destinasi

masing-masing. Betapa inginnya hati kami untuk

mendengar deringan telefon dari kalian.. menceritakan

pengalaman baru kalian di kampung dan kawasan

masing-masing.. setelah mendapat title baru bergelar

‘DA’I’. Betapa tak sabarnya kami ingin menatap tulisan

dari kalian .. bercerita bagaimana kalian telah mula

mengumpul mad’u-mad’u baru ditempat kalian. Betapa

gembiranya kami nantinya mendengar kalian mula ke

sana-kemari mengikuti program bersama ikhwah dan

akhawat di tempat baru kalian. Kami tidak dapat

bayangkan bagaimana gembiranya hati kami bila

mendengar naqib/naqibah baru kalian begitu memuji

kesungguhan dan semangat yang kalian tunjukkan. Ketika

itulah kami akan mengurut dada gembira… airmata kami

berlinangan kegembiraan.. betapa tanaman kami telah

menghasilkan buah. Usaha kami selama 3 tahun kalian

bersama tidak sia-sia !

TETAPI… sekarang kami telah kehilangan segala-galanya.

Ketenangan yang kami ingin cari melalui pengorbanan

ini telah juga hancur. Bahkan ianya lebih berat dari

bebanan fizikal dan material. Kami telah melalui

beberapa generasi kalian. Pengalaman akhirnya

menyimpulkan kepada kami bahawa kami hanyalah manusia

tak berguna dan pengganggu dalam hidup kalian.

Ketenangan hati yang kami ingin hirup dari usaha

mentarbiyyah kalian hanya menambah luka yang telah

ada… Apakah kalian sedar?

Kami iringi kalian dengan doa dan airmata. Pergilah

kalian dengan sijil yang telah diperolehi dari sini

untuk menjenguk dunia yang tiada bertepi. Harungilah

hidup demi mencari ketenangan dan kebahagiaan melalui

jalan yang kalian pilih sendiri. Kami tetap memilih

ketenangan dan kebahagian melalui jalan kami sendiri.

Walaupun kalian telah melukai hati kami… kami hanya

akan menyalahkan diri kami sendiri. Mungkin kamilah

yang menyebabkan kalian jadi begitu. Mungkin kami

belum memberikan yang terbaik untuk kalian. Mungkin

kami belum mengorbankan apa yang sepatutnya kami

korbankan. Mungkin.. kami lah yang bersalah.!

Kini segalanya hanya tinggal kenangan. Kami tidak

mengharapkan kepada kalian lagi. Jika kalian mahu

terus hidup sebagaimana manusia lain… teruskanlah.

Bahkan jika kalian mahu menjadi manusia yang jauh

berlainan dari kami… teruskan. Moga Allah mengampunkan

kami dan kalian. TAPI ingat ! Dakwah tidak memerlukan

kalian untuk hidup. Dakwah adalah satu yang kuat dan

kukuh kerana ia berhubung dengan Allah Yang Maha

Perkasa. Kitalah yang memerlukan dakwah. Dakwah boleh

bersama orang lain jika kita enggan. Tatapi apa

ertinya hidup kita tanpa dakwah? Dakwah adalah nyawa

dan roh kita. Jika kita berpisah darinya…. Kita

sebenarnya telah mati ! Kita akan terkulai layu ibarat

bunga yang telah dipetik dari pokoknya !

Tinggalkanlah kami menangisi anak-anak yang telah

pergi. Anak-anak yang telah mencampakkan kasih sayang

yang cuba kami hulurkan. Mungkin cinta kami tidak

seindah dunia yang menunggu diluar sana. Biarlah cinta

itu dikutip oleh manusia lain yang tahu menilainya.

Apakah kalian tidak mengerti ini semua… apakah cinta

kami tidak bermakna untuk kalian. Adakah ianya terlalu

murah. Kami berkorban untuk kalian lebih dari anak dan

saudara kami sendiri, kerana bagi kami tali akidah dan

fikrah lebih kukuh dan erat dari tali kekeluargaan.

Kalian lebih kami sayangi dari saudara sedarah daging

dengan kami. Kami berikan apa yang terbaik apa yang

kami ada. Kerana kami tahu.. kalian adalah penerus

generasi da’I yang hampir pupus. Apakah kalian tidak

merasainya?

Memang kami tidak memberikan makanan yang mahal-mahal

untuk kalian. Kami tidak membelikan pakaian indah

untuk kalian. Tetapi apa erti makanan dan pakaian jika

kalian hanyut di alam sesat jahiliyyah..?

Hayatilah kata-kata Imam al-Syafie: "manusia

sebenarnya ialah yang merasai kecintaan yang diberikan

kepadanya walaupun sebentar".

Berapa lamakah kecintaan yang telah kami berikan

kepada kalian… apakah kalian tidak merasainya?

Kalian melihat kami tersenyum… ye.. senyuman yang kami

buat-buat untuk mengubat rindu kepada kedamaian

semalam yang telah tiada lagi. Senyuman untuk

menandakan kami masih mampu berlakun dengan hati yang

telah disiat-siat. Berilah senyuman kepada kami,

hulurkan tangan kalian untuk kami salami…. Tetapi hati

ini tidak mungkin terubat tanpa penghayatan dan

penunaian janji yang telah sama-sama kita buat semasa

kita di sini!

Cukuplah… kami hanya akan bersama dengan yang memahami

dan merasai cinta kami. Bagi mereka yang mempunyai

kekasih lain… pergilah.. semoga kekasihnya akan

memberi kebahagian dan ketenangan untuknya. Bagi kami…

di jalan dakwahlah kasih awal dan akhir kami.

Jika kami sendiri futur akibat apa yang telah kalian

lakukan, maka bersedia kalian untuk menerima sahamnya.

Kalian telah mengecewakan kami sedikit sebanyak.

Kalian telah menyebabkan kami tidak percaya lagi

kepada manusia… hingga sampai satu ketika.. kami

merasakan sudah tidak wujud lagi harapan di dunia ini.

Apa tidaknya.. keseluruhan anak-anak kami tidak dapat

meneruskan usaha kami? Jika itu yang berlaku kepada

yang awal… maka bukankah sama pada yang akhirnya?

Tolong … jangan jadikan kami futur.. berilah harapan.

Moga adik-adik kita di sini dan di luar sana dapat

menghirup sedikit dari limpahan cahaya Ilahi yang kita

sama-sama tidak ingin padam.

Wassalamu’alaikum.

Hasil nukilan daripada seorg yg bergelar Naqib..salam ukhwah

Aku tinggalkan cintaku kerana Allah…

February 6th, 2008 by amie089

kisah benar ini di petik dr www.ukhuwah.com.Ditulis oleh Mafraq, Jordan. selamat membaca..:)

Aku tinggalkan cintaku kerana Allah…

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa
dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh
apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya
dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan
agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi
dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk
hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan
disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati
pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan
kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga
ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya
terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk
mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada
keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah
letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup
saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian
tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang
paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali
wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah
belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya
amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana
saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama
penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta
atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk
mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah
perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa
mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat
berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam
mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan
senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat
sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika
suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai
seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah
dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya
teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya
seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk
berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi
amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang
wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi
dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang
perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu
melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap,
saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya
perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk
waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang
baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa
sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak
dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan
saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah
berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah
saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan
sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan
menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan
lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang
mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej
kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan
bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,
ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka
anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan
menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu
perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya
sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan
saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat
saya tak mampu membalas walau sepatah.


“I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing
right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is
permitted. But I know there’s no relationship between male and female
except for what is very important and official between them. So, may I
know what kind of relationship you are having now and I want to hear it
from your mouth that it is legal in what you have been learning until
now.”

   “Not a single phrase, nor a word.”

“My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you
can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false
by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family
come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as
blessed if the first step you make is by stepping into what He has
prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so,
and you must know in every family that stands until their dying day,
they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you
did the wrong step from the very beginning.”

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu
kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan
kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang
dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.
Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam
lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali
selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya
pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada
satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama
dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu
untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan
saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

       Ummi berkata:


       “It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.”

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan
itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat
faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta
maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan
saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh
kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh
lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan
hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali
tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan
berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali
diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami
buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan
diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan
berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran
kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu
melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang
tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah
berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup
saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri
telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin
saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup
saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja
saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan
melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya
akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya
untuk mengekalkan kesetiaan saya.

“Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang
amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana
kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang
seumpamanya.”

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara
lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s
dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan.

helmy@rmm: Renungkanlah diri kita.. apa yang kita jaga sebenarnya
dalam hubungan kita dengan si dia.. bagaimana pula hubungan kita ngan
Allah.. semoga kisah ini dapat kita jadikan panduan untuk diri saya sendiri dan juga sahabat-sahabat sekalian
wallahu a`laam..

JOM PERGI USRAH DAN DAKWAH

January 26th, 2008 by amie089

Jom SAHABAT-SALBIAH~Hayati kisah ini bersama2..InsyaALLAH we are going to find ’something’ here…antara STUDY AND DAKWAH….bacalah dialog ini dengan tekun,insyallah disitu ada jawapannya yang selama ni bermain dihati… helmy@RMM

sahabat, jomlah pergi usrah

sahabat, jomlah berdakwah

sahabat, ummah semakin koyak

sahabat, jomlah kita bangkit mengubah segalanya

Aku tidak mahu

Aku kena study

Markah semester lepas dah cukup teruk

Gara-gara dakwah, tarbiah dan program

Aku menyesal megikuti semua itu

Bosan!!

Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi

skopnya. Bukan ke islam tu syumul.Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study, studylah.Esok kalau dah berjaya aku buatlah kerja dakwah tu. Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal  dalam pelajaranku

Kan

nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam

SAHABAT, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit

Jongkang jongkit?

Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam  jongkang jongkit

Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah

Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah

Tu bukan dakwah namanya dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena  berkadar terus.Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah

dalam pelajarannya.

Aku tidak faham…

Tak pe, aku terangkan .Macam gini, bila dah berdakwah tu rasa senang je nak study. Bila belajar tentang mitokondria misalnya boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria.Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri.Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta.Kenapa? Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah.Rasa senang hati nak terima ilmu kalau orang lain study 1 jam dia hanya perlu study 10 minit sahaja.Sebab apa?Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu.Lain tu, selama ni kau nak cakap yang  aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku.Cuma kena checklah sikit hati tu.Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah? 

Ok, aku berikan contoh.Misalnya waktu buat kerja dakwah tu, terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi.Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah.Ada keraguan dalam hati seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah.Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya.Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi.Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan  dalam doa kita.Kita berdakwah, tapi hati kita tiada

dengan Allah

SAHABAT dah faham

SAHABAT kena banyak muhasabah

SAHABAT dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk

SAHABAT tahu itu maksudnya peringatan dari Allah

SAHABAT yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut

sahabatku, Seorang ibu pernah mengatakan aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku.Setiap kali aku bergaul dengan  jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam.Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam SAHABAT, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku.Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri .Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah.Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya.SAHABAT, aku ingin berkongsi dua kisah,Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.


SAHABAT, kau pastinya arif mengenai  Assyahid Imam Hassan AlBanna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di  jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .

SAHABAT, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi SAHABAT, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

SAHABAT, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan

Assyahid Imam Hassan Al Banna:

Allah, dengan sifat ArRahaman danArRahimNya, memberi ketenangan dan kepuasan kepada hambaNya yang beriman apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan/ perkara Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya. Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama-sama ulama yang terkenal.Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil. Salah seorang ulama itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir. Dia menyoal saya, Dimana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah? Saya menjawab, Ini dia! Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya.Buka ke muka surat sekian-sekian . Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga. Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya baca di dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya. Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya.  Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.

Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah - Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab "Aku tak suka membanding-bandingk an apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun.

SAHABAT, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan.Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukan tongkatuntuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk keuniversiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi  manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah. Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam.Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.

Pasti SAHABAT2 ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.

SAHABAT , kita sempurna. Ayuh lakukan  sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan.

YANG BENAR amie089@yahoo.com….. salam ukhwah

Cinta Seorang Lelaki

January 3rd, 2008 by amie089

Cinta Seorang Lelaki

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasaserik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namundia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH.

yang benar

(amie089@yahoo.com)

sebarang komen amat dialu-alukan utk membincangkan topik ini…sekian terima kasih…helmy..salam Ukhwah

12 Sifat SAHABAT

January 3rd, 2008 by amie089

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEH

December 13th, 2007 by amie089

elaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu senua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS…..

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh……..

1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

1. MENCARI NAFKAH………. Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.

" Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak".

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt. dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

2. BERJIHAD FISABILILLAH Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN. Inilah yang dimaksudkan dengan lelaki soleh, yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau terbunuh. Jika tidak terbunuh, maka ia mesti membunuh. Tidak terdapat alternatif lain kecuali satu antara dua ‘YUQTAL AU YAGHLIB’ yakni TERBUNUH atau MENANG.

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakhluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

" Wahai lelaki soleh…! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka."

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI……

1. Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
2. Menangani isteri yang bodoh dan keras kepala dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri Suami yang soleh akan sentiasa maenjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah: Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku. ( HR Ibnu Majah )

Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga…….

A: Keadaan beliau sebagai suami dan ayah B: Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga C: Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.

Wassalam.

PERINGATAN UNTUK WANITA

December 13th, 2007 by amie089

1. Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.
2. Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.
3. Saidatina Aisyah r. a. berkata : "Saya pernah bertanyakan Rasulullah s. a. w. tentang siapakah manusia yang terlebih berhak terhadap wanita?" Jawab Rasulullah s. a. w. : "Suaminya". Bertanya pula Aisyah : "Siapa pula terlebih berhak terhadap lelaki?". Jawab Rasulullah s. a. w. : "Ibunya".
4. Apabila kamu dipanggil oleh kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
5. Sesiapa yang dikurniakan Allah wanita yang solehah, sesungguhnya ia telah dikurniakan separuh dari agamanya, maka yang separuh lagi hendaklah ia berbakti (bertakwa) kepada Allah.
6. Sebaik-baik wanita ialah yang tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan (digoda) oleh iblis.
7. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isteri baginda
(Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah?". Rasulullah s. a. w. menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?."
8. Wanita yang keluar rumah dengan memakai bau-bauan berjalan di hadapan orang sehingga terhidu baunya, ia adalah berzina yakni seperti perempuan zina.
9. Tidak memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina mereka melainkan yang hina.
10. Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.
11. Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Hendaklah kamu mendapatkan yang kuat agamanya, tentu ia akan memberi ketenangan kepada kamu.
12. Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya dan cepat pula kehamilannya dan ringan maharnya (mas kahwin).
13. Wanita yang taatkan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taatkan suaminya dan diredhai (serta dipelihara akan sembahyang dan puasanya).
14. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan akan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang disukainya dengan tidak dihisab.
15. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan rasa tersinggung hati suaminya, maka ia dimurkai Allah sehingga ia kembali bermanis muka dan tersenyum mesra terhadap suaminya.
16. Ibnu Umar berkata : Telah datang seorang kepada Rasulullah S. A. W. lalu bertanya : "Apakah hak suami atas isteri?" Jawab baginda : "Tunaikan hajatnya sekalipun engkau di belakang unta, jangan berpuasa sunat melainkan dengan izin suami, jika engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri, jangan keluar malainkan dengan izinnya: jika keluar juga akan dilaknat oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab sehingga kembali kembali engkau ke rumah."

TIGA GOLONGAN DALAM NERAKA
(Dari sabda Rasulullah s. a. w.)

Dari Ali bin Abi Talib: "Aku mendengar Rasulullah s. a. w. bersabda: "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahannam selama umur dunia tujuh kali, mereka ialah :
a- Orang yang gemuk tetapi kurus.
b- Orang yang berpakaian tetapi telanjang.
c- Orang yang alim tetapi jahil.

Orang yang gemuk kurus ialah mereka yang gemuk tubuhnya tetapi kurus ibadatnya. Orang berpakaian telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama (seperti berpakaian nipis hingga terbayang tubuhnya atau terlalu ketat). Orang alim jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan duniawi.

LARANGAN MELIHAT WANITA
(Dari sabda Rasulullah s. a. w.)

Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (bukan muhrim) kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli. Suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isteri baginda
(Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang sahabat yang buta (Ibnu Maktum). Rasulullah menyuruh kedua-dua isterinya masuk ke dalam rumah. Bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah?". Rasulullah s. a. w. menjawab: "Bukankah kamu dapat melihatnya?."

50 TIPS PIKAT LELAKI

December 13th, 2007 by amie089

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu